DEFINISI:
SAKA adalah Jin yang berada di dalam tubuh manusia yang diwarisi turun temurun yang telah menyatu (sebati) di dalam tubuh manusia tersebut ia berlaku sama ada seseorang itu tahu ataupun tidak, Jin tersebut diwarisi apabila nenek moyang mereka telah meninggal dunia. Saka terdiri dari pada jin-jin seperti hantu raya, pelesit, pontianak, polong dan sebagainya.

SIAPAKAH YANG MENJADI SASARAN?

Sasaran Saka terdiri daripada keturunan pembawa Saka dan orang–orang yang di pilih oleh Jin itu sendiri.


TANDA – TANDA ORANG YANG MEMPUNYAI SAKA:

Gejala Ketika Tidur:

1)   Susah tidur malam.
2)   Mudah terjaga dalam waktu malam dalam keadaan cemas dan takut.
3)   Mimpi buruk dan menakutkan.
4)   Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, tikus, dan sebagainya.
5)   Bunyu gigi berlaga ketika tidur.
6)   Mimpi jatuh dari tempat yang tinggi.
7)   Berdiri dan berjalan ketika tidur.
8)   Bermimpi berada di tempat yang sunyi.
9)   Bermimpi berada di tempat yang kotor dan kawasan perkuburan.
10) Mimpi melihat mahluk halus.
11) Mimpi melihat salib atau gereja.
12) Mimpi bertemu paderi.
13) Mimpi melihat budak kecil.


     Gejala Ketika Jaga (Bangun):

1)      Sering lalai daripada mengingat Allah S.W.T.
2)      Hilang ingatan (Gila).
3)      Lesu dan malas.
4)      Rasa sakit pada sebahagian badan.
5)      Sakit di bahagian belakang badan terutamanya tulang belakang.
6)      Lenguh sendi- sendi.
7)      Melihat sesuatu yang pelik (aneh).
8)      Ketumbuhan yang susah diubati (kenser)
9)      Terasa seolah-olang menginjak telur atau batu dibahagian tapak kaki
10)  Mudah panik bila berhadapan dengan masalah
11)  Jiwa lemah
12)  Selalu mengantuk
13)  Mudah marah dan panas baran


KESAN DAN AKIBAT

1)      Sukar mendapat anak
2)      Banyak berlaku pekara ganjil di dalam hidupnya
3)      Banyak mengidap pelbagai penyakit
4)      Tidak suka bermasyarakat
5)      Mudah sensitif dan mudah terasa
6)      Mengetahui perkara-perkara yang mustahildi ketahui oleh orang lain(bisikn jin dan setan)
7)      Selalu menangis ketika kecil dan berperangai buruk apabila besar
8)      Kehidupan menjadi tegang dan suram




AMALAN-AMALAN UNTK MENJAUHI SAKA

1)      Membaca surah Al-Mulk sebelum tidur
2)      Berwudhuk sebelum tidur dan ketika ingin bersama istri
3)      Mengamal kan surah yasin setiap subuh dan membaca *hizib yang diijazakan oleh tuan guru
4)      Membaca surah Al-fatihah sebanyak 21 kali sebelum tidur
5)      Membaca basmalah sebelum memulakan pekerjaan sebanyak mana termampu
6)      Memasang bacaan ayat –ayat ruqaiyah
7)      Membaca satu jusuk al-quran setiap hari
8)      Mengamal kan selawat tafriqiyyah dan selawat syifa’.



*Hizib bermaksud zikir atau selawat yang mempunyai sanad turun temurun dari para wali    
Share To:

ANTS EDUCATION

Post A Comment:

0 comments so far,add yours